BM | EN | 中文

Indeks Kos Bahan Binaan meningkat di beberapa negeri pada November 2020

construction.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 DIS: Indeks Kos Bahan Binaan (IKB) (tanpa bar keluli) di Semenanjung Malaysia bagi November 2020 meningkat 0.1 peratus di beberapa negeri bagi hampir semua kategori bangunan berbanding bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Jabatan Perangkaan hari ini.

Negeri-negeri yang mencatat peningkatan itu adalah Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (kawasan C), Pahang (kawasan E) dan Terengganu dan Kelantan (kawasan F).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata IKB di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (kawasan A) susut 0.1 peratus bagi bangunan (K.T.) 2-4 tingkat (berbumbung rata sahaja).

Advertisement

IKB di Kota Kinabalu turun 0.1 peratus bagi hampir semua kategori bangunan. Bagaimanapun, IKB meningkat 0.2 peratus bagi kerangka besi 1 tingkat (bangunan) dan 0.4 peratus bagi kerangka besi 1 tingkat (menara sahaja).

IKB di Kuching meningkat 0.1 peratus bagi bangunan (K.T.) 2-4 tingkat (berbumbung curam) dan di Miri bagi bangunan (K.T.) satu tingkat dan kerangka besi 1 tingkat (bangunan) sahaja, manakala IKB di Sibu kekal tidak berubah seperti pada bulan sebelumnya.

Sementara itu, IKB di Semenanjung Malaysia (dengan bar keluli) meningkat 0.1 peratus bagi cerucuk (K.T.) di kawasan C, bangunan (K.T.) 2-4 tingkat (berbumbung curam) dan bangunan (K.T.) 5 tingkat dan lebih (untuk penginapan) di kawasan E dan bangunan (K.T.) satu tingkat di kawasan F.

Advertisement

IKB di kawasan D (Johor) turun 0.1 peratus bagi cerucuk (K.T.) sahaja, manakala di kawasan A dan B (Perak) kekal tidak berubah seperti pada bulan sebelumnya.

IKB di Kota Kinabalu turun 0.1 peratus bagi bangunan (K.T.) 2-4 tingkat (berbumbung rata) dan bangunan (K.T.) 5 tingkat dan lebih (untuk penginapan).

Bagaimanapun, IKB meningkat 0.1 peratus bagi kerangka besi 1 tingkat (bangunan) dan 0.4 peratus bagi kerangka besi 1 tingkat (menara sahaja).

Advertisement

IKB di Kuching turun 0.1 peratus bagi bangunan (K.T.) 5 tingkat dan lebih (untuk penginapan).

Sementara itu, IKB di Sibu meningkat 0.1 peratus bagi hampir semua kategori bangunan. IKB di Miri kekal tidak berubah seperti pada bulan sebelumnya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top