BM | EN | 中文

Indeks kos bahan binaan meningkat 0.1- 0.6 peratus pada Jun

Construction-Materials-Are-Used-for-Buildings.jpg

Gambar Ehsan wanderglobe.org

Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 JUL: Indeks Kos Bahan Binaan (IKB) (tanpa bar keluli) di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia meningkat antara 0.1 dan 0.6 peratus pada Jun 2020, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Negeri yang mencatatkan peningkatan adalah kawasan A (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis), C (Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan) dan E (Pahang) bagi hampir semua kategori bangunan.

Sebaliknya, IKB di kawasan B (Perak) dan F (Terengganu dan Kelantan) menurun antara 0.1 dan 0.8 peratus bagi hampir semua kategori bangunan, manakala IKB di kawasan D (Johor) kekal sama seperti bulan sebelumnya, kata jabatan itu.

Advertisement

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata IKB di Kota Kinabalu dan Sandakan bagi semua kategori bangunan antara 0.1 dan 0.6 peratus tetapi IKB di Tawau melonjak antara 0.1 dan 0.2 peratus bagi semua kategori bangunan.

Sementara itu, prestasi IKB di Sarawak mencatatkan kenaikan 0.1 peratus bagi kerangka besi 1 tingkat (bangunan) di Kuching manakala IKB di Sibu dan Miri kekal seperti bulan sebelumnya.

Dalam pada itu, prestasi IKB di Semenanjung Malaysia (dengan bar keluli) merekodkan kenaikan antara 0.1 peratus dan 0.3 peratus di kawasan A (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis), C (Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan) dan E (Pahang) bagi bagi hampir semua kategori bangunan.

Advertisement

IKB di kawasan B (Perak) dan F (Terengganu dan Kelantan) susut antara 0.1 dan 1.4 peratus bagi hampir semua kategori bangunan, manakala IKB di kawasan D (Johor) kekal sama seperti bulan sebelumnya.

Di Sabah, IKB menurun antara 0.1 dan 1.5 peratus direkodkan di semua kawasan bagi hampir semua kategori bangunan.

IKB di Kuching dan Sibu naik antara 0.1 peratus dan 0.4 peratus bagi hampir semua kategori bangunan, manakala IKB di Miri kekal seperti bulan sebelumnya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top