BM | EN | 中文

Indeks jenayah Johor turun 40 peratus

johor.jpg

JOHOR BAHRU, 13 DIS: Indeks jenayah di Johor mencatatkan penurunan sebanyak 40 peratus dengan jumlah sebanyak 4,036 kes yang direkodkan sejak Januari hingga November tahun ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu, jenayah kekerasan antara yang menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 32.6 peratus manakala jenayah harta benda pula mencatatkan penurunan sebanyak 41.6 peratus.

“Jumlah direkodkan ini adalah penurunan daripada 6,726 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu. Kali ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor turut merekodkan tangkapan kedua tertinggi antara kontinjen di negara ini.

“Ia menyaksikan penahanan seramai 12,828 individu atas pelbagai kesalahan selain jumlah rampasan dadah sebanyak 12.38 tan dengan nilai keseluruhan dianggarkan bernilai RM375.93 juta,” katanya, lapor SH Online.

Ayob berkata demikian ketika berucap sempena perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.

Ayob Khan berkata, jumlah itu turut menyaksikan kejayaan JSJN Johor dengan pembongkaran lima makmal haram dadah dan enam stor dadah dengan nilai rampasan dan sitaan sebanyak RM355.34 juta.

“Pada masa sama, sehingga November lalu, sebanyak 20 sindiket pengedaran dadah berjaya ditumpaskan dengan skala tangkapan dan rampasan yang besar dalam sejarah JSJN Johor dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Johor mencatatkan tangkapan tertinggi melibatkan seramai 847 individu bagi kes penagih berulang untuk dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, bagi tangkapan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) Akta Dadah Berbahaya 1985, seramai 173 orang berjaya ditangkap.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top