BM | EN | 中文

Indeks jenayah Johor 2019 menurun

IMG-20200120-WA0004.jpg

Mohd Kamaruddin menyerahkan Sijil Penghargaan Ketua Polis Johor kepada salah seorang anggota pada perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor, hari ini

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 JAN: Polis Johor mencatatkan penurunan kadar indeks jenayah di negeri ini sepanjang tahun lalu apabila 9,870 kes direkodkan berbanding 10,338 kes pada 2018.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, penurunan 468 kes itu berjumlah kira-kira 4.53 peratus, hasil usaha semua jabatan polis dan anggota di negeri ini.

“Kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor ini bukanlah kejayaan yang berasingan. Namun ia adalah gabungan 10 elemen di bawah PDRM yang merangkumi jenayah, jenayah narkotik, jenayah komersil, risikan maklumat, pencegahan jenayah, keselamatan komuniti, pengurusan, logistik dan teknologi, ketenteraman awam serta elemen membetul dan menghukum,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian semasa berucap semasa perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Kamarudin berkata, sebanyak 21,255 kes siasatan dibuka yang mana daripda jumlah berkenaan sebanyak 9,430 pertuduhan telah dibuat.

“Jumlah peratusan itu adalah sebanyak 44.3 peratus, melebihi petunjuk indeks prestasi (KPI) yang ditetapkan iaitu pada 40 perartus,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, bercakap kepada wartawan dalam sidang media selepas perhimpunan itu, beliau menjelaskan, peratus penyelesaian kes adalah sebanyak 51.56 peratus, iaitu 5,089 kes daripada 9,870 kes.

Ujarnya lagi, indeks kes yang disiasat Jabatan Siasatan Jenayah telah berjaya mencapai KPI yang ditetapkan iaitu sebanyak 45 peratus.

“Untuk tahun 2020 ini kita akan meneruskan operasi-operasi bagi memastikan bahawa Johor ini bersih daripada jenayah dan selamat untuk diduduki.

Advertisement

“Terutamanya untuk tahun 2020 ini adalah Tahun Melawat Johor dan Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dilangsungkan pada bulan Julai.

“Kita akan pastikan atlet yang datang dan pertandingan yang berlangsung dapat dijalankan secara aman,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top