BM | EN | 中文

Indeks Harga Pengguna Malaysia susut 1.2 peratus pada 2020 – Jabatan Perangkaan

jabatan-perangkaan-malaysia.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 JAN: Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi tahun 2020 mencatatkan penurunan 1.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia semalam.

Sementara untuk suku keempat 2020 pula, IHP menyusut 1.5 peratus kepada 120.3 berbanding 122.1 pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun bagi perbandingan suku tahunan pula, IHP meningkat 0.2 peratus berbanding suku tahun ketiga 2020.

Advertisement

Pada Disember, IHP menurun 1.4 peratus kepada 120.6 berbanding 122.3 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan berkata penurunan IHP keseluruhan ini dipengaruhi oleh penyusutan indeks Pengangkutan (-8.4 peratus); Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (-3.3 peratus); Pakaian dan Kasut (-0.4 peratus); Restoran dan Hotel (-0.2 peratus); dan Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah (-0.1 peratus) yang menyumbang 48.6 peratus daripada keseluruhan wajaran.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata daripada 552 item yang diliputi dalam IHP, 339 item menunjukkan peningkatan pada Disember 2020 berbanding Disember 2019.

Advertisement

Sebaliknya, 145 item mencatatkan penurunan manakala 68 item tidak berubah.

“Berdasarkan prestasi 552 item mengikut kategori barangan dan perkhidmatan, barang tidak tahan lama (296 item) adalah kategori paling banyak mengalami kenaikan harga iaitu 206 item; 73 item menurun dan 17 item tidak berubah berbanding kategori perkhidmatan, barang semi tahan lama dan barang tahan lama,” kata beliau.

Bagaimanapun, Mohd Uzir berkata makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 1.4 peratus kepada 135.8 berbanding 133.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Advertisement

Kumpulan ini menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP.

Selain itu, IHP pelbagai barangan dan perkhidmatan turut menunjukkan penurunan 2.2 peratus dan diikuti kesihatan (1.0 peratus, minuman alkohol dan tembakau (0.6 peratus), pendidikan (0.6 peratus) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (0.2 peratus).

IHP tanpa bahan api menurun 0.1 peratus pada Disember 2020 kepada 112.8 berbanding 112.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. IHP tanpa bahan api meliputi semua barang dan perkhidmatan kecuali Petrol Tanpa Plumbum RON95, Petrol Tanpa Plumbum RON97 dan Diesel.

Advertisement

Mohd Uzir berkata purata harga RON95 menunjukkan penurunan pada Disember 2020 iaitu RM1.74 per liter berbanding RM2.08 pada Disember 2019.

Selain itu, purata harga RON97 menurun kepada RM2.04 per liter berbanding RM2.63 dan purata harga diesel menyusut kepada RM1.93 per liter berbanding RM2.18 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Sementara itu, indeks teras meningkat 0.7 peratus pada Disember 2020 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Advertisement

Antara kumpulan utama yang bertindak sebagai pendorong kepada kenaikan ini adalah kumpulan Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (2.2 peratus); Makanan & Minuman Bukan Alkohol (1.2 peratus), Kesihatan (1.0 peratus); Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (0.6 peratus) dan Pendidikan (0.6 peratus).

Indeks teras meliputi barangan tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga dikawal.

Mohd Uzir berkata walaupun IHP tahunan menurun, perubahan IHP bulanan meningkat 0.5 peratus berbanding November 2020, disumbangkan oleh pengangkutan (3.0 peratus) dan makanan dan minuman alkohol dan tembakau (0.5 peratus).

Advertisement

Beliau berkata indeks bagi semua negeri menunjukkan penurunan antara -0.9 peratus hingga -2.2 peratus bagi Disember 2020 berbanding Disember 2019.

Penurunan tertinggi dicatatkan oleh Kedah dan Perlis iaitu -2.2 peratus, diikuti Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan (-2.0 peratus), Johor (-2.0 peratus), Melaka (-2.0 peratus), Sarawak (-1.9 peratus) dan Negeri Sembilan (-1.9 peratus).

Namun begitu, kebanyakan negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol dengan peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Pahang iaitu 2.3 peratus.

Advertisement

Ini diikuti oleh Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.2 peratus), Perak (2.0 peratus), Terengganu (2.0 peratus) dan Negeri Sembilan (1.7 peratus).

Dalam perkembangan berasingang, Mohd Uzir berkata susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Jan, 2021, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) fasa kedua melibatkan temuramah secara bersemuka akan disusun semula.

“Oleh itu, orang ramai yang masih belum membuat pengisian banci boleh mengambil peluang untuk mengisi maklumat banci secara dalam talian (e-Census) yang akan dibuka semula.

Advertisement

Maklumat lanjut berkaitan Banci Malaysia 2020 boleh diperolehi melalui portal banci iaitu www.mycensus.gov.my atau media sosial @MyCensus2020.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top