BM | EN | 中文

INAP DESA, HOTEL DIGALAK ANJUR PAKEJ MENARIK SEMPENA TAHUN MELAWAT JOHOR 2020

WhatsApp-Image-2019-08-13-at-3.34.10-PM.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OGOS: Pengusaha inap desa (homestay), hotel dan pusat peranginan di negeri ini digalakkan untuk menganjurkan pakej-pakej menarik bersempena Tahun Melawat Johor 2020 bagi menarik lebih ramai pelancong ke dalam negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Liow Cai Tung berkata, kerajaan negeri, Tourism Johor dan agensi berkaitan bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan pemain industri pelancongan.

“Dengan mewujudkan lebih banyak pakej menarik, ini akan memberikan kebaikan kepada persatuan (inap desa) dan produk homestay itu sendiri.

Advertisement

“Kerajaan negeri kini juga sedang mengkaji untuk memberi galakan kepada pihak industri untuk menjayakan pakej-pakej tersebut,” kata Cai Tung pada sidang media pra-pelancaran logo dan maskot Tahun Melawat Johor 2020 di bangunan Komtar, disini, hari ini.

Kata Cai Tung, kedudukan Johor yang strategik, selain memiliki 14 pintu masuk antarabangsa termasuk jalan darat, laut dan udara seharusnya menjadikan para pengusaha penginapan sentiasa bersedia untuk memberikan tawaran penginapan dan pelancongan yang menarik.

“Kemasukan pelancong bukan sahaja yang domestik (tempatan) tetapi juga pelancong antarabangsa,” kata Cai Tung sambil menambah, pihaknya turut mendapat kerjasama dari Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

Advertisement

Dalam pada itu, Adun Johor Jaya tersebut berkata Johor juga akan menjadi tumpuan ramai tahun depan kerana menjadi tuan rumah bagi Sukan Malaysia (Sukma).

“Kita juga akan menjalinkan kerjasama sama dengan Jawatankuasa Belia dan Sukan, kerana Sukma 2020 merupakan acara yang paling penting kepada negeri Johor bagi tahun 2020. Kita berharap akan dapat mengadakan usahasama melalui program rentas promosi.

“Semua kempen ini adalah amat penting bagi kita untuk menjayakan Tahun Melawat Johor dan juga kempen Tahun Melawat Malaysia 2020,” kata Cai Tung lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top