BM | EN | 中文

IMMU Plan inisiatif kerajaan Johor, tiada kaitan dengan istana

immuplan-johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 MEI: IMMU Plan, laman web khas bagi rakyat Malaysia yang mendapat tawaran kerja di Singapura mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19, merupakan inisiatif kerajaan negeri dan tiada kaitan dengan Istana Johor.

“Pautan itu (IMMUPIan) tiada kaitan dengan Istana Johor,” menurut Royal Press Office (RPO) yang merupakan Pejabat Media dan Komunikasi rasmi Keluarga DiRaja Johor, dalam satu kenyataan ringkas, di sini, hari ini.

RPO memaklumkan demikian susulan tular pautan (https://www.immuplan.my/apply-now) bersama mesej yang mendakwa pautan berkenaan menawarkan vaksin percuma oleh Sultan Johor dan rakyat Johor boleh menerima vaksin Pfizer atau Moderna.

Advertisement

Mesej palsu itu juga mendakwa pendaftaran, yang hanya dibuka untuk rakyat Johor itu, boleh dibuat hingga 8 malam ini.

Pautan itu menjadi tular menerusi aplikasi WhatsApp kira•kira sejam selepas pendaftaran vaksin AstraZeneca secara sukarela ditutup, setelah ia mula dibuka untuk warga Johor dan empat negeri lain pada 12.15 tengah hari tadi.

IMMU Plan, yang merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk membantu pekerja Malaysia yang mempunyai permit kerja di Singapura yang sah selain mempunyai surat tawaran kerja atau surat majikan di Singapura mendapatkan vaksin, mula dibuka pendaftaran sejak 29 April lepas.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top