SINGAPURA, 24 MAC: Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Singapura kini melaksanakan sistem dropbox yang beroperasi 24 jam bagi membolehkan rakyat Malaysia mengatur janji temu untuk memperbaharui Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) di republik ini.
Pejabat JIM kemaskini di Facebook Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di sini hari ini, memaklumkan bahawa ia akan hanya menerima janji temu melalui Sistem Temujanji Online (STO) di alamat sesawang http://sto.imi.gov.my/atase/singapura.
Pejabat itu berkata bagi semua pemohon berjaya memperbaharui pasport dalam talian tetapi gagal mendapatkan janji temu (mengambil pasport), mereka boleh membuat serahan resit rasmi ke kotak (dropbox) yang diletakkan di pondok pengawal keselamatan di Kompleks STM
Menurutnya, pemohon perlu menulis alamat e-mel dan nombor telefon di Singapura,
Sementara itu, bagi mereka yang tidak dapat memperbaharui PMA secara dalam talian, pemohon boleh menyerahkan butiran termasuk nama, nombor kad pengenalan Malaysia, alamat e-mel, nombor telefon di Singapura, sijil kelahiran atau Borang H untuk kanak-kanak bawah 12 tahun melalui dropbox berkenaan
Pejabat JIM itu memaklumkan untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghantar emel ke alamat singapore@imi.gov.nmy
Pejabat JIM itu memaklumkan sistem ‘dropbox itu mula dilaksanakan sejak 17 Mac lalu.
Minggu lepas, beberapa rakyat Malaysia di Singapura menggunakan media sosial untuk mendedahkan isu kesesakan di STM susulan kesukaran memperbaharui PMA di negara itu.
Sebagai respons terhadap masalah tersebut, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kesesakan di STM itu berpunca daripada gangguan sistem serta kerosakan pada satu daripada dua mesin pencetak pasport selain pemohon yang datang secara terus (walk-in) tanpa membuat janji temu
Selain itu, katanya, masalah penutupan sempadan turut menyukarkan rakyat Malaysia di Singapura memperbaharui pasport mereka di Johor Bahru atau cawangan lain jabatan itu.
Bernama