BM | EN | 中文

IMBRT, PENGANGKUTAN AWAM TERMODEN KE SEKOLAH DI ISKANDAR MALAYSIA

IRDA-IMBRT.png

CERIA…program taklimat IMBRT kalanga pelajar sekolah dan warga pendidik di Ibu Pejabat IRDA di Danga Bay.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 30 NOV: Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) memperhebat program kesedaran bagi menanam minat menggunakan Bus Rapid Transit (BRT) sebagai pengangkutan utama ke sekolah di kalangan pelajar dan pendidik di Iskandar Malaysia.

Satu program kesedaran atas inisiatif IRDA, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan pengurusan sekolah dilakukan sejajar pelaksanaan Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) yang dijangka bermula awal tahun depan dan bakal beroperasi menjelang 2022.

“Usaha ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar akan keselamatan jalan raya, malah dapat menyampaikan maklumat serta menggalakkan pelajar sekolah menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, khususnya IMBRT,” kata Pengarah BRTIM, Rudyanto Azhar.

Advertisement

Rudyanto, mengetuai pasukan BRTIM Sdn Bhd, sebuah anak syarikat IRDA yang dipertanggungjawab melaksanakan pembangunan IMBRT.

Beliau berpengalaman luas dalam membangunkan sistem pengangkutan awam dan pernah terbabit dalam pembangunan sistem MRT di Kuala Lumpur.

Katanya, melalui sesi perkongsian, ciri-ciri sistem BRT ditaklimatkan menggunakan kaedah yang mudah difahami dan perbezaan sistem BRT dengan sistem perkhidmatan bas awam sedia ada.

Advertisement

“Di samping memberi maklumat, sesi soal jawab dan kuiz turut diadakan. Maklum balas dan cadangan pelajar-pelajar terbabit guru dan ibu bapa akan kami bentang dan pertimbangkan sebagai sebahagian input bagi pembangunan sistem IMBRT.

“Sebagai bakal pengguna, segala pandangan dan idea anak-anak muda mengenai sistem IMBRT, amat kami hargai dan dijadikan sebahagian input bagi pelaksanaannya kerana mereka adalah generasi yang akan menjadi pengguna utama sistem pengangkutan ini,” katanya.

Tambah beliau, BRT bukan sesuatu yang baru kerana sistem pengangkutan awam ini telah diguna pakai dengan jayanya di lebih 160 bandaraya seluruh dunia termasuk Bogota, Boston, Istanbul, Guangzhou dan Jakarta.

Advertisement

“BRT bukan sistem pengangkutan bas yang biasa, kerana ia berkapasiti tinggi, mampu membawa sehingga 300 penumpang setiap perjalanan.

Sistem BRT menggunakan konsep masyarakat karbon rendah dengan biodiesel dan elektrik dijangka diguna sebagai sumber utama kuasa.

“Di samping itu menggalakkan penggunaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi terkini seperti apps, internet sebagai penghubung sesuai
dengan konsep kehidupan Iskandar Malaysia yang mempromosi bandaraya pintar,” katanya.

Advertisement

Pembangunan IMBRT meliputi 90 peratus kawasan berpenduduk Iskandar Malaysia, dengan jumlah laluan sejauh 1,214 kilometer, merangkumi jajaran utama, terus dan perantara.

Sistem pengangkutan awam ini dijangka mampu memenuhi keperluan penduduk Iskandar Malaysia khususnya mereka yang tinggal di kawasan yang tiada liputan perkhidmatan bas.

IMBRT yang dijangka menggunakan biodiesel dan elektrik sebagai sumber kuasa mampu mengurangkan penggunaan kenderaan sekaligus membolehkan penggunaan jalanraya dioptimumkan oleh pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top