BM | EN | 中文

IMAM, BILAL, AJK MASJID DAN SURAU DILARANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI POLITIK

tosrin-1-e1570530728973.jpg
Advertisement

PONTIAN, 8 OKT: Imam, bilal dan ahli jawatankuasa (AJK) pengurusan masjid dan surau di negeri ini diingatkan supaya tidak menyampaikan ceramah berbaur politik atau melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, jika didapati ada pihak yang terlibat, tauliah serta sijil akan ditarik balik secara serta merta.

“Mereka yang memegang jawatan di masjid dan surau adalah dilarang sama sekali untuk memberikan ceramah atau terlibat dengan aktiviti politik mengikut enakmen Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Advertisement

“Perkara ini adalah dilarang sama sekali tidak kira menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) mahupun selepas ini,” katanya kepada wartawan selepas mengadakan tinjauan di beberapa parit dan saliran pertanian di kawasan Pontian di sini, hari ini.

Beliau berkata imam, bilal dan AJK pengurusan masjid dan surau tidak sepatutnya menggunakan jawatan mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti politik walaupun berkaitan dengan pihak kerajaan.

“Ada laporan berkenaan isu ini dan saya ingin tegaskan dan menasihatkan supaya pihak berkenaan tidak terlibat dalam aktiviti yang berkaitan.

Advertisement

“Jika didapati terlibat, saya akan pastikan taulah mereka akan ditarik balik serta merta,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top