BM | EN | 中文

Iktiraf Majlis Perbandaran Pontian bakal tingkat hasil tahunan PBT – MB Johor

Majlis-Perbandaran-Pontian-MPP.png

PONTIAN, 1 OGOS:: Penaiktarafan pihak berkuasa tempatan (PBT) Pontian kepada Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) selari dengan hasrat kerajaan negeri Johor yang menitikberatkan rancangan pembangunan kepada masyarakat secara menyeluruh.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata pengiktirafan itu juga bakal meningkatkan hasil tahunan PBT berkenaan sekali gus dapat menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lebih selesa kepada masyarakat setempat.

‘Pada hari ini, kita sama-sama menyaksikan satu hari bersejarah bagi daerah Pontian apabila Majlis Daerah Pontian (MDP) diisytiharkan sebagai MPPn.

Ini membawa erti bahawa perkhidmatan kepada masyarakat di Pontian juga dapat dipertingkatkan dan rancangan pembangunan dapat dijalankan dengan Iebih besar dan menyeluruh.

“Saya juga yakin dan percaya bahawa dengan penaiktarafan ini is juga dapat meningkatkan hasil majlis dan pada masa sama kemudahan-kemudahan asas turut dapat ditambah baik dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Sumbangan Bakul Makanan Prihatin MPPn sempena majlis pengisytiharan MPPn di sini semalam.

Beliau berkata sempena pengisytiharan itu, MPPn menyediakan bakul makanan bernilai RM1 juta kepada pembayar cukai dan penduduk di bawah pentadbiran PBT berkenaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 bagi meringankan beban dihadapi mereka.

Pada 13 Okt 2019, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata MDP berpotensi dinaik taraf kepada MPPn berdasarkan kadar pungutan hasil cukai tahunan PBT itu adalah melepasi RM20 juta seperti disyaratkan dan jumlah penduduk di daerah berkenaan yang menghampiri 200,000 orang.

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top