BM | EN | 中文

IKS JOHOR PERLU CEBURI EKONOMI DIGITAL

IMG-20191015-WA0005.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 15 OKT: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Johor perlu memanfaatkan ekonomi digital bagi mencetuskan anjakan dalam pasaran melalui rangkaian internet yang luas dan inisiatif yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2020.

Turut diperkenalkan ialah peruntukan berjumlah RM500 juta untuk memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui program Digitalisasi PKS.

Justeru itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, Dzulkefly Ahmad berkata melalui pembangunan prasarana dan penyaluran geran, PKS perlu segera mengubah operasi kerja selain memanfaatkan teknologi melalui penggunaan ekonomi digital.

Advertisement

“Ekonomi Digital akan mengubah cara manusia mengurus dan menjalankan perniagaannya serta cara memasarkan produk perniagaan ke suatu tahap pasaran yang lebih luas sehingga ke peringkat antarabangsa dalam masa yang pantas dan pada kos yang lebih murah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan semalam, mengalu-alukan strategi Belanjawan 2020 untuk menjadikan Ekonomi Digital sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam Belanjawan 2020, kerajaan turut memperuntukkan RM70 juta untuk penubuhan 14 Pusat Digitalisasi Setempat di setiap negeri, RM10 juta bagi melatih usahawan mikro digital dan RM50 juta untuk Geran Pembangunan Ekosistem 5G.

Advertisement

Selain itu kerajaan memperuntukkan RM20 juta untuk penghasilan kandungan digital seperti s-sukan, animasi dan seni digital yang boleh menjana nilai ekonomi.

Manakala RM450 juta peruntukan bagi program rangsangan digital bagi meningkatkan penggunaan e-wallet dengan peruntukan RM30 seorang secara one-off untuk 15 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun keatas berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

Tambah Dzulkefly, Ekonomi Digital dijangka menyumbang sebanyak 25 peratus KDNK negara menjelang tahun 2023.

Advertisement

Menurut kajian, kenaikan 10 peratus bagi kadar penembusan jalur lebar talian tetap akan menyumbang kepada pertumbuhan KDNK sebanyak 1.38 peratus bersamaan RM17.9 Billion (USD 4.3 Billion) setahun berdasarkan KDNK 2017.

“Ini merupakan satu komitmen yang bersungguh daripada kerajaan ke arah mentransformasi ekonomi Malaysia kepada Ekonomi Digital,” kata Dzulkefly.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top