BM | EN | 中文

Iklan raya judi: Mengapa selepas lima hari baru kerajaan bertindak?

Aminolhuda-Hassan-Adun-Parit-Yaani-Amanah-Johor.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 17 APR: Sambutan bulan Ramadan di negara tahun ini dicemari dengan iklan Hari Raya mempromosikan perjudian atas talian.

Klip video iklan selama 2.48 minit itu tular di media sosial memaparkan lagu raya mengajak umat Islam berjudi tular di media dengan mempromosikan syarikat pengelola perjudian atas talian berkenaan.

Malah klip video lagu raya oleh sebuah syarikat judi itu turut memaparkan watak lelaki memakai baju Melayu dan perempuan memakai tudung.

Advertisement

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, perkara itu menyentuh sensitiviti umat Islam yang sedang menyambut bulan Ramadan.

Ujarnya, tidak sepatutnya iklan tersebut tersebar di media sosial dan kerajaan perlu bertanggungjawab kerana kurang pemantauan berkenaan hal tersebut.

“Seeloknya kerajaan perlu terlebih dahulu ketahui halnya, bukan orang awam atau netizen yang telah menonton klip video berkenaan.

Advertisement

“Ini sama sekali bercanggah dan menyentuh soal sensitiviti umat Islam di negara ini yang ketika ini mencari kebaikan dalam bulan Ramadan.

“Mengapa selepas selang lima hari klip video itu ditularkan baru kerajaan mengambil tindakan untuk mengharamkan klip video tersebut?

“Ia telah pun tular dan ada pun yang sudah muat turun klip video berkenaan. Ini boleh mempengaruhi rakyat untuk mencuba berjudi selepas menonton klip video berkenaan,” ujarnya ketika dihubungi.

Advertisement

Sebelum ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata telah mengehubungi penyedia platform media seperti Facebook, Twitter dan YouTube untuk menurunkan video yang mempromosikan perjudian itu.

Penurunan klip video berkenaan dibuat berdasarkan terma perkhidmatan serta piawaian komuniti yang ditetapkan penyedia platform yang berpangkalan di luar negara.

Terdahulu pelbagai pihak menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mempromosi perjudian dalam talian, yang dianggap menghina kesucian bulan Ramadan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top