BM | EN | 中文

IKAN YU ‘GERGASI’ DI MUAR?

9AB06855-2B7A-493E-953C-30D1BA31A837.jpeg

JOHOR BAHRU, 17 OGOS: Sekumpulan nelayan di Tajung Tohor, Muar menemui bangkai ikan yu paus pagi tadi.

Ketua Perikanan Daerah Muar, Mohd Faris Adnan, berkata ikan yu dari spesis Rhincodon Typus yang hampir pupus tersebut dipercayai sesat di Selat Melaka.

Bangkai haiwan tersebut yang seberat kira-kira lima tan itu akan dibawa ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) Rantau Abang, Terengganu untuk proses bedah siasat, lapor Berita Harian.

“Unit Perlindungan Sumber Batu Pahat pula akan membuka kertas siasatan bagi mengetahui punca kematian termasuk maklumat lengkap berkaitan umur, jantina dan saiz sebenar ikan ini. Setakat ini, kita menganggarkan ikan itu sepanjang enam meter dan lebar 1.5 meter.

“Bagaimanapun, kita masih belum mengenal pasti jantina ikan ini,” beliau dipetik sebagai berkata.

Bangkai tersebut difahamkan akan diawet selepas proses bedah siasat.

Spesis terancam tersebut berkemungkinan sesat di kawasan perairan Batu Pahat dan Muar, yang bukan habitat semulajadi haiwan tersebut.

Mohd Faris turut menasihatkan orang ramai untuk segera menghubungi pihak berkaitan sekiranya menemui spesis hidupan laut yang aneh kerana ia mungkin haiwan terancam dan mana-mana individu yang bertindak melulu boleh didakwa.

 

Sumber berita dan gambar: Berita Harian

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top