BM | EN | 中文

IJN sedia buka lebih banyak PPV bergerak di pedalaman

IJN-sedia-buka-lebih-banyak-PPV-bergerak-di-pedalaman.jpg

Gambar Ehsan FB Dr Sahruddin Jamal

Advertisement

MUAR, 19 JUN: Institut Jantung Negara (IJN) sedia membuka Iebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak di seluruh negara terutama di kawasan pedalaman, sekiranya mendapat permintaan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim berkata usaha itu meliputi pembukaan sekurang-kurangnya satu PPV bergerak di setiap negeri.

“Bagi IJN, kami Iebih menumpukan pembukaan PPV bergerak di kawasan pedalaman agar sasaran program imunisasi berkelompok dicapai.

Advertisement

“Di sini (Feicra Bukit Kepong) contohnya, kami akan memberikan suntikan terhadap 1,500 warga emas selama tiga hari bermula hari ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran PPV bergerak IJN yang pertama di Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Feicra Bukit Kepong, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Adun Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pegawai Kesihatan Muar Dr Noorhaidah Ujang.

Sementara itu, Dr Sahruddin menyifatkan pelaksanaan PPV berkenaan adalah sesuai dan tepat pada masanya memandangkan kedudukan Feicra Bukit Kepong agak jauh dari bandar Muar dan pekan Pagoh yang masing-masing mempunyai PPV sendiri.

Advertisement

Seorang penerima vaksin, Sapartinam Selim, 62, gembira apabila lokasi untuk beliau mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 telah dipindahkan dari Muar ke PPV bergerak di SMK Felcra Bukit Kepong itu.

“Jika tiada PPV bergerak ini mungkin saya tidak akan ke Muar untuk mendapatkan vaksin kerana jaraknya terlalu jauh selain tiada kenderaan sesuai untuk ke sana,” katanya.

Terdahulu, tinjauan di PPV bergerak berkenaan mendapati orang rannai memberi sambutan yang menggalakkan terhadap perkhidmatan itu dengan ada yang hadir seawal 7.45 pagi untuk mendapatkan suntikan.

Advertisement

Setakat 2 petang tadi, seramai 250 penerima dalam kalangan warga emas telah mendapatkan suntikan vaksin mereka.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top