BM | EN | 中文

IIB KUTIP LEBIH 500 KG SAMPAH DI PULAU PEMANGGIL

IIB-e1570429223141.jpg
Advertisement

MERSING 7 OKT : Sebanyak 573 kilogram (KG) sampah-sarap berjaya dikutip di sekitar pantai dan dasar laut bersempena program ‘IIB CSR Saving Paradise: International Coastal Cleanup’ anjuran Iskandar Investment Berhad (IIB) di Pulau Pemanggil, di sini yang berakhir semalam.

Menurut Ketua Pegawai Operasi IIB, Datuk Akmal Ahmad, jumlah tersebut melebihi sasaran 500 kg yang ditetapkan pihaknya selain mengatasi jumlah kutipan dalam program sama pada tahun lalu, iaitu 480 kg di Pulau Aur, di sini.

Kumpulan penyelam yang diketuai Datuk Akmal Ahmad (baju merah) menaikkan sampah-sarap termasuk pukat hantu dari dasar laut di sekitar Pulau Pemanggil, semalam.

“Program ini telah dimulakan sejak tiga tahun lalu dan pada tahun pertama kita menghantar bekalan keperluan kepada warga pulau untuk menghadapi musim tengkujuh.

Advertisement

“Manakala, pada tahun lalu kita beri set keperluan persekolahan kepada anak-anak dan melakukan pembersihan pantai serta dasar laut di Pulau Aur,” katanya.

“Untuk kali ini, kita lebih fokus dan pilih Pulau Pemanggil. Selain bersihkan kawasan pantai di Kampung Buau dan Kampung Sulit serta dasar laut,  kita juga memberi sumbangan wang tunai dan barang keperluan kepada 12 keluarga yang terdiri daripada golongan memerlukan,” katanya.

Program ini turut disertai Ketua Cawangan Taman Laut Johor, Bahrinah Bahrim dan Pegawai Jualan dan Pemasaran ICycle, Muhammad Khairul Anuar.

Advertisement

Tambahnya, program selama tiga hari dua malam itu disertai kira-kira 50 orang yang terdiri daripada kakitangan IIB, Cawangan Taman Laut Johor, ICycle dan wakil media.

“Program ini adalah salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat IIB kepada masyarakat, khususnya rakyat Johor.

Para peserta membersihkan kawasan pantai Kampung Buau, Pulau Pemanggil, semalam.

“Jumlah sampah-sarap di dasar laut yang berjaya dikutip pihaknya turut bertambah, iaitu 90 kg, termasuk pukat hantu yang digunakan oleh golongan tidak bertanggungjawab, sekali gus memberi kerosakan yang besar kepada hidupan marin dan terumbu karang,” katanya.

Advertisement

Beliau berharap usaha IIB dengan kerjasama serta sokongan beberapa pihak itu dapat memberi impak positif khususnya menjadikan pantai dan pulau-pulau di Johor yang terkenal dengan keindahannya dapat menarik lebih ramai pelancong.

“Apabila keadaan pantai dan pulau lebih menarik, indah dan kondusif, ini sekali gus dapat menarik lebih ramai pelancong yang secara langsung dapat meningkatkan lagi ekonomi rakyat, khususnya warga pulau,” katanya.

Ditanya perancangan masa depan IIB tentang program tersebut, beliau turut berharap usaha itu boleh dilaksanakan dalam skala lebih besar serta melibatkan banyak syarikat swasta.

Advertisement

“IIB kena jadikan program ini satu brand (jenama) yang kuat. IIB boleh jadi pemangkin dan yang paling utama disokong dan disertai oleh  lebih banyak syarikat swasta yang lain.

“Memang bukan tugas mudah nak pasarkan jenama ini, tapi kita boleh buat serta perlukan kerjasama syarikat-syarikat lain.

“Malah, kita boleh promosikan program ini ke peringkat antarabangsa,” katanya lagi.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top