BM | EN | 中文

Ihya’ Ramadan: 27 masjid di Sepang terima sejumlah RM135,000 dari kerajaan Selangor

Masjid-di-Sepang-terima-sumbangan-RM135000-sempena-Ramadan.jpg

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan Ihya Ramadan kepada masjid ketika program Jelajah Ramadan Kita Selangor di Masjid As-Syakirin, Sepang pada 26 April 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SEPANG, 27 APR: Kerajaan Selangor menyalurkan sumbangan sebanyak RM135,000 kepada 27 masjid di Sepang, semalam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, daripada jumlah itu setiap masjid di daerah tersebut menerima RM5,000.

“Bantuan ini bagi menampung kekurangan dana rumah ibadat untuk melaksanakan aktiviti sepanjang Ramadan atau membaiki kerosakan kemudahan asas,” kata Mohd Zawawi, lapor SelangorKini.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan Kepada Masjid disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari di Masjid As-Syakirin di sini, baru-baru ini.

Mohd Zawawi berharap kariah sentiasa menjaga tatacara operasi piawai (SOP) sepanjang beribadat di masjid sama ada pada bulan puasa atau sebaliknya.

Sementara itu, Nazir Masjid As-Syakirin, Mohd Yusuff Omar berkata pihaknya berterima kasih di atas bantuan tersebut dan semoga diteruskan pada masa depan.

Advertisement

“Dengan sumbangan ini saya dan pihak pengurusan bercadang mahu mengecat dinding masjid. Selain itu, mengimarahkan rumah ibadat dengan pelbagai aktiviti,” katanya yang telah enam tahun menjadi nazir.

Hampir RM2 juta diperuntuk Kerajaan Selangor untuk diberikan kepada semua masjid di negeri ini sepanjang Ramadan bagi melaksanakan aktiviti.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top