BM | EN | 中文

Idris Haron dan tiga Adun tarik sokongan kepada KM Melaka

idris-haron-melaka.jpg
Advertisement

MELAKA, 4 OKT: Bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron yang juga Adun Sungai Udang hari ini mengumumkan bahawa dia dan tiga lagi wakil rakyat hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dan seluruh kepimpinan negeri kerajaan.

“Saya Idris Haron, Adun Sungai Udang, bersama Pangkalan Batu, Teluk Emas, dan Pantai Kundur, mengumumkan kami hilang kepercayaan kepada ketua menteri melaka dan seluruh kepimpinan kerajaan.

“Kami berempat telah menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada pejabat ketua menteri,” katanya, lapor Malaysiakini.

Advertisement

Turut serta dalam sidang media itu, Adung Pantai Kundur, Nor Azman Hassan, Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee dan Adun Telok Mas, Noor Effandi Ahmad.

“Kami dah hadir (sidang media) menunjukkan ketidakyakinan kepada kepimpinan kerajaan negeri hari ini.

“Kami pun letak jawatan (sebagai Exco) bermakna kerajaan sudah tak ada,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top