BM | EN | 中文

Identiti perjuangan PAS makin luntur

Bendera-Pas-parti-PAS.jpg
Advertisement

LEDANG, 20 OKT: Parti PAS dilihat semakin tersasar dari perjuangan yang dibawanya berkaitan dengan agama Islam dalam negara ini, kata ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Azhar Ismail.

Katanya, PAS dilihat semakin jelas mengkhianati janji mereka kepada umat Islam negara ini susukan sikap mereka yang membisu dan tidak mahu bersuara sekiranya ada isu bersentuhan dengan agama Islam.

“Mana suara mereka yang sebelum ini kononnya memperjuangkan semangat mahu memartabatkan Islam?

Advertisement

“Ternyata mereka sudah khianat kepada agama Islam dan rakyat dalam negara ini.

“Akhirnya mereka (PAS) hari ini terpaksa helah janji dan suara lantang mereka sendiri dalam menjalankan kerja sebagai kerajaan,” tegasnya.

Tambahnya, PAS bukan sahaja mengkhianati rakyat malah lebih menyedihkan PAS telah mengkhianati agama Islam itu sendiri.

Advertisement

“Sifat khianat ini sudah sebati dengan PAS hari ini dan tidak lagi perlu dibahaskan selepas apa yang kita lihat ternyata mereka memungkiri janji mereka.

“Apa isu berbangkit dalam negara seperti isu Adib, RUU 355, arak, judi dan semua yang pernah dijanjikan tidak ditunaikan untuk diselesaikan,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top