BM | EN | 中文

Idea PM jemput semua parti ke mesyuarat mitigasi Covid-19, PH Johor cadang turut laksana di negeri

syed-ibrahim-aminolhuda-hassan-liew-chin-tong-1.png

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 NOV: Cadangan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin untuk menjemput parti pembangkang dalam Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) disambut baik Pakatan Harapan (PH) Johor.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, Syed Ibrahim Syed Noh, pengerusi PKR Johor, dan pengerusi DAP negeri, Liew Chin Tong.

“Kami menyambut baik cadangan yang diusulkan oleh Perdana Menteri yang berhasrat untuk menjemput parti-parti pembangkang untuk mengambil bahagian dalam Majlis Tindakan Ekonomi dan mesyuarat mitigasi Covid 19.

Advertisement

“Sebagai tambahan kepada mesyuarat pusat, penyertaan parti-parti pembangkang di peringkat negeri juga adalah amat penting.

“Justeru, semua pihak perlu berganding bahu agar komunikasi, perundingan dan perbincangan yang menyeluruh dan berkesan dapat dilaksanakan mengenai cara-cara menangani wabak dan memulihkan ekonomi tanah air ini,” menurut kenyataan itu.

Muhyiddin Yassin dalam satu wawancara bersama Astro Awani berkata, beliau turut mempertimbangkan kemungkinan memperluas kerjasama dwiparti dengan pembangkang melangkaui Belanjawan 2021.

Advertisement

Beliau berkata ini barangkali termasuk mengundang pembangkang untuk menghadiri mesyuarat tertentu kerajaan.

“Bagi saya ini langkah permulaan, saya fikir untuk satu peringkat lain saya nak pelawa pembangkang untuk sama-sama duduk dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang saya pengerusikan tiap-tiap minggu.

“Atau nak uruskan masalah Covid-19, yang saya pengerusikan tiap-tiap hari,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top