BM | EN | 中文

Idea gabung Bersatu-Umno ibarat bina jambatan rapuh

Umno-Bersatu.jpeg
Advertisement

BATU PAHAT, 11 OKT: Idea mengabungkan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Umno dianggap sebagai membina jambatan rapuh.

Pengarah Komunikasi dan Multimedia Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Noor Khalim Sakib menjelaskan terdapat banyak perbezaan yang membuatkan kerapuhan itu berlaku.

Noor Khalim Sakib

Beliau menjelaskan cadangan menggabungkan kedua parti tidak akan tercapai kerana bakal berlaku banyak pertembungan.

Advertisement

“Ia tidak akan berlaku kerana Umno sudah semestinya mahukan lebih dari Bersatu dan ‘market’ untuk kedua parti adalah sama dan ia akan menyukarkan.

“Untuk di Melaka (PRN) juga, pastinya sukar gabungan itu dapat direalisasikan kerana pembahagian kerusi yang terlalu terhad.

“Selain itu, Bersatu sudah terkenal dengan agenda pengkhianatan dan tidak mustahil mereka juga boleh melakukan perkara yang sama terhadap rakan parti mereka.

Advertisement

“Ini yang membuatkan Umno tidak percaya akan parti berkenaan,” ujarnya ketika dihubungi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Zahidi Zainul Abidin dalam kenyataan berharap Umno dapat menjalinkan kerjasama dengan parti lain khususnya PAS dan Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bagaimanapun beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam membuat keputusan.

Advertisement

Zahidi berkata, ketika ini MKT Umno sebulat suara untuk tidak berpakat dengan mana-mana parti kerana lebih senang bergerak sendiri.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top