BM | EN | 中文

IBU TUNGGAL RUGI RM380,000 DITIPU ‘LOVE SCAM’

andrew-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 DIS : Akibat dilamun cinta, seorang suri rumah kerugian RM380,000 hanya dalam tempoh satu tahun setelah mengenali ‘suaminya’ hanya menerusi laman sosial Facebook, tahun lalu.

Mangsa, Puan Lee, 50, mendakwa, suaminya yang merupakan seorang warganegara Amerika Syarikat itu kini ditahan pihak berkuasa negara ini kerana mahu membawa masuk barang bernilai RM800 juta.

“Suami saya kini ditahan dan dia memerlukan sejumlah wang sebelum boleh dibebaskan dan dibenarkan pulang ke negara asalnya.

Advertisement

“Namun saya sudah kehabisan wang, rumah yang saya miliki juga telah dijual dan wangnya diserahkan kepada ejen yang menahan suami saya,” katanya.

Dia berkata demikian kepada wartawan dalam sidang akhbar yang diadakan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng.

Selain menjual kediaman miliknya dengan nilai RM230,000, mangsa turut meminjam wang milik kakaknya berjumlah RM100,000 sebelum turut diserahkan kepada individu yang menyamar sebagai ejen Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Advertisement

Lebih sepuluh pembayaran telah dibuat mangsa kepada beberapa nombor akaun berbeza bermula 6 November 2018 dengan transaksi terakhir sebanyak RM95,000 empat bulan lalu.

Sementara itu, Andrew memberitahu, pihaknya akan cuba membantu kerana mangsa bukan sahaja telah ditipu sindiket ‘Love Scam’, tetapi mangsa juga masih mempercayai individu yang didakwa sebagai suaminya itu.

“Ini perkara yang serius kerana jumlah yang terlibat adalah besar. Sehubungan itu saya telah membantu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Larkin, Jumaat lalu.

Advertisement

“Saya juga menasihati masyarakat termasuklah ahli keluarga mana-mana individu untuk membantu anggota mereka yang telah ditipu dengan sindiket seperti ini,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top