BM | EN | 中文

Ibu tunggal didakwa sebabkan kematian anak kandung berusia 3 tahun

ibu-tunggal.jpg

Seorang ibu tunggal didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan menyebabkan kematian anak perempuannya yang berusia 3 tahun.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 JAN: Seorang ibu tunggal berusia 22 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan menyebabkan kematian anak perempuannya, Nur Shahana Abdus Quddus, 3, pada 13 Januari lalu.

Tertuduh, Nurul Shamira Mazlan mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Rashidah Baharom.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Nurul Shamira didakwa melakukan perbuatan tersebut antara 5 hingga 11 Januari lalu di kediamannya yang beralamat di Apartment D’Secret Garden, Taman Kempas Indah, Kempas.

Advertisement

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 25 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan post mortem dan laporan kimia.

Tertuduh diwakili tiga peguambela, Muhammad Ashraff Mohd Diah; Mohd Norazihan Adnan dan Jack Sumatra manakala kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Benedict Choong Kai-Qi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati sekiranya disabit kesalahan.

Advertisement

Sementara itu, Muhammad Ashraff memaklumkan teman lelaki wanita tersebut yang berusia 33 tahun dilepaskan dengan jaminan mahkamah dan akan dipanggil sebagai saksi perbicaraan kes.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad memberitahu, mangsa meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada jam 12.10 tengah hari pada 13 Januari lalu dipercayai akibat didera.

Pemeriksaan fizikal yang dijalankan mendapati terdapat kesan lebam di kedua-dua bahagian tangan mangsa, selain di bahagian perut. Turut ditemui kesan gigitan di kedua-dua tangan mangsa.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top