BM | EN | 中文

Ibu jari kanak-kanak perempuan 7 tahun tersangkut tombol pintu 

anggota-bomba-1-01-scaled.jpg

Anggota bomba mengeluarkan ibu jari kanak-kanak perempuan 7 tahun tersangkut tombol pintu.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 JAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun terpaksa menahan kesakitan selepas ibu jarinya tersangkut pada tombol pintu.

Pegawai Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Mohamad Kamal Shaari memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.38 malam.

Katanya, operasi tersebut dilakukan di Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas mangsa dibawa ibu bapanya ke hospital tersebut.

Advertisement

“Dimaklumkan ibu jari mangsa tersangkut di tombol pintu selepas mangsa bermain-main dengan tombol pintu stor kediaman keluarganya.

“Bomba menggunakan peralatan khas untuk membantu mangsa dan operasi mengambil tempoh kira-kira 30 minit,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top