BM | EN | 中文

IBU HARAP MUHAMMAD ADAM HAMSYAR SIHAT

muhammad-adam-hamsyar-1.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 12 DIS : Usianya sudah mencecah tujuh tahun, bagaimanapun keadaan Muhammad Adam Hamsyar masih seperti bayi.

Ini berikutan kanak-kanak lelaki itu dilahirkan dengan keadaan kaki berlipat selain mengalami masalah saraf.

Ibunya, Huzaimah Ahmad, 43 memberitahu, sudah 14 kali kaki anaknya itu disimen dan sejak lebih tiga tahun lalu, Muhammad Adam Hamsyar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan.

Advertisement

Muhammad Adam Hamsyar

“Muhammad Adam Hamsyar tidak mampu berjalan kerana kakinya masih dalam keadaan bengkok. Kami berulang-alik ke HKL dua kali dalam sebulan.

“Antara rawatan yang dijalani termasuk dengan cara disimen kaki supaya kakinya lebih lurus dan simen lama dipasang di kakinya akan dibuka dan digantikan dengan baru,” katanya yang menetap di Parit Raja, di sini.

Huzaimah berkata, setiap kali ke HKL, dia perlu menyediakan wang sejumlah RM400 bagi membiaya tambang bas ekspres dan kos menyewa hotel bajet.

Advertisement

“Hampir keseluruhan pendapatan keluarga digunakan bagi menampung keperluan Muhammad Adam yang mencecah RM1000 sebulan kerana dia masih menggunakan lampin pakai buang dan susu khas disyorkan doktor.

“Suami saya, Salman Subani, 52bekerja kampung dan pendapatannya tidak tetap. Kami bersyukur kerana menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejumlah RM200.

“Namun kami masih keliru memikirkan kos tambang ke HKL pada pertengahan bulan ini kerana selain tunggakan sewa rumah tertunggal empat bulan sejumlah RM800, kami masih belum membayar tunggakan bil elektrik sejumlah RM450 dan air RM250,” katanya.

Advertisement

Sungguhpun demikian, beliau sangat berharap supaya anaknya dapat bergerak secara normal pada masa depan.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada keluarga berkenaan menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) Huzaimah di 0100641100001192.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top