BM | EN | 中文

IBU DAN BAYI SETAHUN SELAMAT, KERETA DINAIKI TERBAKAR

IMG-20191113-WA0010.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 13 NOV : Seorang ibu berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki terbakar ketika dalam perjalanan membawa bayinya berusia setahun ke klinik kesihatan, pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azhar Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian berlaku di Jalan Nibong 41, Jalan Daya, Taman Daya itu pada jam 7.57 pagi.

Advertisement


“Seramai 11 anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi. Sebaik sampai didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira telah musnah 90 peratus.

“Difahamkan kenderaan itu terbakar ketika dalam perjalanan ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan anak iaitu bayi perempuan berumur satu tahun,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun wanita berkenaan dan juga bayinya selamat.

Advertisement

Katanya, punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 8.32 pagi.

JohorKini

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top