BM | EN | 中文

Ibu dan anak ditangkap, edar dadah

20200209_103548-scaled.jpg

JOHOR BAHRU, 9 FEB: Dua beranak dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah ditahan di rumah mereka di Muar, Rabu lepas.

Wanita berusia 46 dan anak lelakinya yang berumur 26 tahun ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tangkak, Muar dan Segamat, kira-kira jam 3.40 petang

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, serbuan polis keatas rumah berkenaan turut menemui syabu seberat 21.8 kilogram bernilai RM1.09 juta.

Katanya, turut dirampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Hasil saringan air kencing ke atas suspek lelaki berkenaan mendapati positif dadah methapetamine dan turut mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Manakala, suspek wanita pula tidak memiliki rekod lampau,” katanya kepada wartawan dalam satu sidang media di IPK Johor, di sini, hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, siasatan juga mendapati aktiviti jenayah yang dilakukan kedua-dua suspek itu telah lima tahun beroperasi.

“Kedua-dua suspek telah dipohon reman tujuh hari bermula 6 hingga 12 Februari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau lagi, seramai 1,846 orang telah ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah oleh JSJN Johor dari 1 Januari hingga 6 Februari lepas.

“Dalam tempoh yang sama, sebanyak 225 kilogram dadah bernilai RM3.54 juta telah dirampas.

“Turut disita adalah harta bernilai RM1.46 juta,” katanya lagi.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top