BM | EN | 中文

Ibu bapa ke pejabat parlimen Kluang, cetak kerja rumah anak

Inisiatif-‘Asal-Adik-Mau-Gi-Sekolah-ahli-parlimen-Kluang-dapat-perhatian-Ibu-bapa.jpg
Advertisement

KLUANG, 10 FEB: Kempen ‘Asal Adik Mau Gi Sekolah’ inisiatif ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi mula mendapat perhatian para ibu bapa dan penjaga disini selepas pelancarannya minggu lalu.

Shu Qi dalam kiriman di laman Facebook beliau berkata, meskipun usaha itu tidak seberapa, namun pejabatnya sentiasa terbuka untuk membantu keluarga yang berkeperluan.

“Kami akan melakukan yang terbaik kerana saya sentiasa mengingatkan betapa pentingnya pelajaran anak-anak kita apatah lagi apabila negara kita amat memerlukan individu-individu yang dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara,” kata Shu Qi.

Advertisement

Dalam kirimannya di laman Facebook, Shu Qi turut mengepilkan sekeping gambar memaparkan seorang bapa yang menghantar kerja rumah anaknya ke pejabat parlimen Kluang untuk dicetak.

“Kami juga menerima banyak permintaan dari ibu bapa berkaitan dengan pelajaran anak-anak mereka,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, kini adalah waktu sukar yang boleh dianggap sebagai ‘peperangan’.

Advertisement

“Kita kini penuh dengan titisan peluh, air mata dan darah. Saya faham, keringat sudah anda kerah hingga titisan akhir.

“Saya faham, anda juga penat. Saya faham, anda bagaikan sedang berlari dan tidak nampak garisan penamat”

“Namun janganlah kita sesekali putus asa, janganlah kita berhenti separuh jalan kerana seperti yang saya sentiasa katakan, di hujung terowong gelap ini pasti ada cahaya menanti.

Advertisement

“Saya percaya anak-anak kita pasti akan berjaya, kerana merekalah cahayanya. Merekalah harapan kita.

“Jika anda mampu untuk menyumbang, walaupun sokongan anda yang kecil kepada kempen kami, Asal Adik Mau Gi Sekolah, amat kami hargai bagi membantu bakal pemimpin-pemimpin negara kita, anak-anak kita,” ujarnya lagi.

Tiga inisiatif ‘Asal Adik Mau Gi Sekolah’ adalah perkhidmatan mencetak kerja rumah percuma, tambahan nilai data internet dan peranti percuma kepada mereka yang memerlukan.

Advertisement

Pelajar ingin mencetak kerja rumah secara percuma, sila daftar di https://forms.gle/F1TgettitULehwy18

Inisiatif kedua ialah tambahan nilai data internet tanpa had yang disediakan menggunakan syarikat telco (Celcom) atau tambah nilai sekiranya menggunakan telco lain untuk sebulan. Mereka yang berminat boleh mendaftar di https://forms.gle/xavZVnmXsKhoDV38A

Inisiatif ketiga adalah peranti percuma bagi keluarga yang tidak mempunyai peranti untuk belajar. Untuk mendaftar klik di pautan berikut https://forms.gle/cc6xQYD6nj3h7Avk6

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top