BM | EN | 中文

Ibadah korban: Jaga SOP atau batal permit – Exco Agama Johor

Tosrin-Jarvanthi-Bernama.jpg

Tosrin Jarvanthi (Gambar Ehsan Bernama)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JUL: Pusat sembelihan ibadah korban Aidiladha di negeri ini diingatkan supaya menjaga tahap kebersihan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) aktiviti korban yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menarik semula atau membatalkan lesen dan permit sembelihan yang telah diluluskan terhadap mana-mana pusat sembelihan yang didapati melanggar SOP.

Beliau berkata peringatan itu susulan terdapat segelintir pusat sembelihan yang didapati tidak menepati SOP yang dikehendaki ketika lawatan kerjanya baru-baru ini.

Advertisement

“Walaupun ada pusat sembelihan yang bersifat sementara, pemilik tidak seharusnya memandang remeh SOP korban dalam tempoh pandemik COVID-19.

“Johor tidak mahu berlakunya kiuster korban di mana-mana pusat sembelihan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengenai vaksinasi, beliau berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semalam telah membuat ketetapan bahawa semua imam, bilal, noja dan ahli jawatankuasa masjid dan surau Jumaat di negeri ini diberikan vaksin dengan kadar segera.

Advertisement

Langkah itu bagi memastikan tiada kiuster agama selain penambahbaikan SOP masjid dan surau di negeri itu.

“Semua pejabat kadi daerah telah diarahkan supaya bertindak segera bagi menghantar senarai nama pengurusan masjid dan surau daerah ke Pejabat Kesihatan Daerah di negeri ini,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top