BM | EN | 中文

Hutang kerajaan Johor kepada kerajaan persekutuan pusat menyusut 57 peratus

amanat-mb-barisan-kerajaan-johor.jpg

Barisan pimpinan kerajaan Johor, terdiri dari Menteri Besar, barisan Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor 2020 di Pusat Konvensyen Persada Johor, di sini, hari ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 FEB: Kedudukan hutang kerajaan negeri Johor kepada kerajaan Persekutuan menyusut daripada RM520.94 juta pada 2018 kepada RM222.39 juta pada 31 Disember 2019.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, jumlah tersebut adalah sebanyak 57.1 peratus pada tahun lalu dengan nilai pengurangan sebanyak RM298.39 juta.

Katanya, ia merupakan hasil usaha semua anggota perkhidmatan awam negeri yang berjaya menguruskan kewangan kerajaan Johor dengan baik bagi sepanjang tahun 2019.

Advertisement

“Bagi tahun 2020 ini, kerajaan negeri telah mencadangkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.78 bilion dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada November tahun lalu.

“Dengan pertambahan peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan, lebihan anggaran hasil dijangka diraih akan dikembalikan semula kepada rakyat melalui peningkatan perbelanjaan yang produktif,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 1,000 penjawat awam kerajaan negeri Johor pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor 2020 di Pusat Konvensyen Persada Johor, disini, hari ini.

Advertisement

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Rahim Nin, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhiazan Kaiat, Timbalan Speaker (DUN), Gan Peck Cheng serta barisan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Dalam pada itu, Dr Sahruddin berkata, kerajaan Johor juga komited untuk mengurangkan hutang kepada Kerajaan Persekutuan pada peratusan yang lebih besar berbanding tahun 2019, menjelang 31 Disember 2020.

“Kerajaan negeri berkeyakinan prestasi kewangan negeri akan terus merekodkan lebihan (surplus) pada tahun ini kerana tekad kira untuk menjayakan belanjawan berimbang secaa struktur demi menjamin kestabilan fiskal jangka panjang,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top