BM | EN | 中文

Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara berpotensi jadi tarikan eko-pelancongan

hutan-simpan.jpg

Ysahrudin pada pelancaran program Kempen Kesedaran Kebakaran Hutan dan Kesalahan Hutan bersama Komuniti Setempat Hutan di Muar

Advertisement

MUAR, 22 FEB: Hutan Simpan Paya Gambut Ayer Hitam Utara, di sini merupakan satu-satunya hutan paya gambut di negeri ini yang memiliki potensi untuk dibangunkan sebagai tarikan eko-pelancongan.

ADUN Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni berkata, hutan paya gambut merupakan sebuah ekosistem semulajadi yang mempunyai nilai penting dari segi pengawalaturan iklim, penyimpanan stok karbon dan tebatan banjir.

Justeru itu katanya, Hutan Simpan Paya Gambut Ayer Hitam Utara perlu terus dipulihara memandangkan kepelbagaian biologinya serta menjadi sumber komoditi bagi menjana ekonomi kepada penduduk setempat.

Advertisement

“Jabatan Perhutanan Negeri Johor begitu komited dalam mambangunkan dan menaikkan nama Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara untuk dijadikan sebagai satu tarikan utama di Muar.

“Saya berharap kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Johor bersama-sama komuniti setempat dapat menjaga dan memelihara kelestarian Hutan Paya Gambut ini.

“Maka, pembangunan dan aktiviti yang dapat menarik ramai pengunjung dan pelancong bagi menjana pendapatan kepada penduduk setempat serta mengekalkan sumber hutan yang ada di dalam hutan paya gambut ini perlu digiatkan,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada program Kempen Kesedaran Kebakaran Hutan dan Kesalahan Hutan bersama Komuniti Setempat Hutan, di sini baru-baru ini.

Difahamkan keluasan kawasan berhutan di Hutan Taman Negeri Hutan Paya Gambut Ayer Hitam Utara adalah kira-kira 3,795.84 hektar dan telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Menurut Ysahrudin, sejumlah RM198,160 telah dibelanjakan bagi pembangunan infrastruktur di dalam Hutan Taman Negeri ini pada 2019 melalui peruntukan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan.

Advertisement

Manakala, pada tahun ini, kerajaan Johor telah meluluskan sebanyak RM300,000 bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan di Hutan Taman Negeri Hutan Paya Gambut Ayer Hitam Utara.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top