BM | EN | 中文

HUTAN SEBELAH LEGOLAND TERBAKAR

4FD444BE-7EEA-4F3E-8384-49F2CB959382.jpeg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 25 OGOS: Bomba mengambil masa hampir 10 jam bagi memadam kebakaran di kira-kira 16 hektar kawasan hutan berbukit berhampiran Legoland Malaysia , di sini, yang bermula sejak 3 petang semalam.

Menurut laporan Berita Harian, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nazran Omar, berkata operasi memadamkan kebakaran berakhir jam 3.15 pagi tadi.

“Operasi hampir 10 jam itu membabitkan 15 pegawai dan anggota daripada BBP Larkin bersama dua jentera yang dikerah ke lokasi kebakaran selepas panggilan kecemasan diterima pada jam 4.25 petang.

Advertisement

“Kami turut dibantu Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) daripada Taman Tema Legoland dan kawasan Medini untuk mengawal kebakaran terbabit,” beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan tersebut.

Tambahnya lagi, bomba juga menggunakan teknik ‘firebreak’, atau persempadanan bagi menguruskan kebakaran tersebut.

“Antara lain dengan menggali lubang, memotong pokok dan membuat dinding bagi memastikan kebakaran tidak merebak ke kawasan Taman Tema Legoland serta hotel mewah di situ.

Advertisement

“Alhamdulillah, kebakaran berjaya dipadamkan dan dikawal pada jam 3.15 pagi tadi, namun pemantauan masih diteruskan,” katanya lagi sambil menambah punca dan anggaran kerugian kebakaran itu masih dalam  siasatan.

 

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top