BM | EN | 中文

“Huru-hara, ketidakstabilan bukan berpunca daripada UMNO” – Ketua Penerangan UMNO

shahril-hamdan-umno.jpeg
Advertisement

PETALING JAYA, 14 FEB: Jelas terbukti ketika ini bahawa UMNO telah sepakat dalam soal kestabilan politik dan menunjukkan kemampuan dalam soal tadbir urus.

Perkara itu terbukti apabila isu dan beberapa senario politik yang timbul sehingga mencetuskan huru-hara ketika ini bukan berpunca daripada UMNO.

Ketua Penerangan parti, Shahril Sufian Hamdan berkata, yang bergaduh sesama sendiri sehingga menjatuhkan kerajaan sendiri setelah 22 bulan memerintah bukannya UMNO.

Advertisement

“Yang mengubah Menteri Besar sendiri dalam tempoh kurang setahun, bukan UMNO dan yang kerap mengubah pengerusi parti negeri juga bukan UMNO. Parti yang tunda dan batal projek yang sepatutnya menguntungkan orang Johor semata-mata tidak mahu apa-apa legasi pra-PRU14 juga bukan UMNO.

“Yang ugut tekan butang sehingga memaksa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terbukti bukan UMNO. Parti yang memancing orang melompat sehingga memaksa PRN Melaka juga bukan UMNO,” katanya, lapor Utusan Online.

Menurut Shahril Suffian, parti yang melemahkan Muafakat Nasional (MN) dengan bersama mendaftar pakatan lain sewaktu MN sedang kukuh juga bukan UMNO.

Advertisement

“Kestabilan politik itu sudah sinonim dengan UMNO. Parti lain yang bersaing bolehlah cuba promosikan naratif lain.

“Ini kerana rakyat semakin sedar bahawa apa pun kekurangan parti UMNO, kestabilan dan kemampuan tadbir urus bukan dalam kalangan kekurangan itu,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top