BM | EN | 中文

Hup Seng henti sebahagian operasi kilang di Batu Pahat untuk kerja basmi Covid-19

hup-seng.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Unit pengeluaran biskut Hup Seng Industries Bhd telah menghentikan sementara operasi tertentu di kilangnya di Batu Pahat, Johor, untuk menjalankan pembasmian kuman COVID-19.

Syarikat itu berkata anak syarikat milik penuh Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd telah menerima notis daripada Kementerian Kesihatan untuk menghentikan sebahagian operasinya dari 4.15 petang pada 5 Sept hingga 11 Sept, 2021, untuk pembasmian kuman dan sanitasi di kawasan yang terjejas.

“Syarikat memberi kerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dan mengambil langkah-langkah mitigasi untuk membendung penularan COVID-19 di premis-premis terbabit, demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan pekerja kami,” kata syarikat dalam makluman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini.

Advertisement

Hup Seng berkata penutupan sementara sebahagian operasi Hup Seng Perusahaan tidak memberi kesan material terhadap jadual pengeluaran dan penghantaran barangan kepada pelanggan tempatan dan luar negara.

Syarikat itu berkata pihaknya juga tidak menjangkakan sebarang kesan material terhadap prestasi kewangannya selain kos yang ditanggung untuk ujian COVID-19 dan kos pembasmian kuman.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top