BM | EN | 中文

HUJAN REDAKAN JEREBU DI JOHOR

Jerebu-JB-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 SEPT: Hujan lebat di beberapa daerah di negeri ini sejak semalam dan hari ini membantu memulihkan sesetengah kawasan yang mengalami jerebu.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat jam 5 petang tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan penurunan di semua lapan stesen di Johor.

Bacaan IPU di Tangkak menurun dari 67 kepada 64, Segamat dari 81 kepada 79, Batu Pahat dari 74 kepada 68, Kluang dari 64 kepada 60, Larkin kekal (73), Pasir Gudang dari 70 kepada 66, Kota Tinggi dan Pengerang dari 62 kepada 58.

Advertisement

Sementara itu, Bernama melaporkan, beberapa kawasan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia yang teruk dilanda jerebu turut dilaporkan mulai hujan sejak malam tadi.

Hujan yang turun di beberapa kawasan di wilayah Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan, telah mengurangkan jumlah titik panas.

“Titik panas di Indonesia pada hari ini ( Rabu) telah berkurang kepada 1,744 berbanding 3,150 titik panas pada dua hari lepas,” kata Ketua Pusat Data, Informasi dan Hubungan Masyarakat, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Agus Wibowo dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Sementara itu, Polis Indonesia dan Kementerian Lingkungan Hidup (Alam Sekitar) dan Kehutanan telah menahan 323 suspek yang dipercayai terbabit dalam pembakaran hutan.

“Jumlah suspek 323 orang dan sebanyak 14 syarikat perladangan telah ditetapkan sebagai terbabit (suspek) dalam kebakaran hutan,” kata Ketua Biro Penerangan Masyarakat, Polis Indonesia, Dedi Prasetyo.

Sejak Januari lepas, lebih 300,000 hektar hutan dan ladang terbakar di beberapa wilayah di Indonesia, sehingga menyebabkan jerebu teruk serta turut menjejaskan Malaysia dan Singapura.

Advertisement

Kemudiannya, Gobernor Riau, Syamsuar, mengisyiharkan provinsi Riau di Sumatera berstatus darurat pencemaran udara berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500, sehingga mencecah 700.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top