BM | EN | 中文

Hujan lebat diramal di Sabah, Sarawak, angin kencang di Johor, pantai timur semenanjung

Hujan-Ribut-Petir.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok.

Menurut kenyataan jabatan itu pada 10.50 pagi tadi, hujan lebat turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.

Kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, sementara di Sabah membabitkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Advertisement

Sementara itu Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di negeri Sarawak dan Sabah.

“Angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 kilometer sejak (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan dalam tempoh tersebut,” katanya.

Keadaan sama turut diramal berlaku di perairan Sabah Timur dan boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai serta muara sungai kawasan terbabit, katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top