BM | EN | 中文

Hujan lebat dijangka di beberapa daerah Johor mulai esok sehingga Sabtu – MetMalaysia

hujan-jalan-raya.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 DIS: Hujan lebat dijangka berlaku di daerah pantai timur dan tengah Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi (Johor) mulai esok sehingga Sabtu

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memaklumkan, selain daerah-daerah di Johor hujan lebat dijangka turut melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

Hujan lebat itu akan melibatkan kawasan Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan dan Rompin (Pahang); dan akan berlanjutan hingga Sabtu ini.

Advertisement

Terdahulu Bernama melaorkan hujan lebat juga dijangka berlaku selama dua hari di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu di Terengganu, selain seluruh negeri Kelantan mulai Jumaat ini.

Di Sabah pula hujan lebat dijangka berlanjutan sehingga esok melibatkan kawasan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan,Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.

Turut dijangka mengalami hujan lebat hingga esok ialah Labuan.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top