BM | EN | 中文

“Hubungi kami jika nampak rumah kibar bendera putih” – MP Bakri

yeo-bee-yin.jpg
Advertisement

MUAR, 29 JUN: Ahli parlimen Bakri, Yeo Bee Yin meminta jasa baik dan kerjasama orang ramai agar menghubungi pusat khidmatnya jika ternampak mana-mana rumah di kawasan ini yang mengibarkan bendera putih.

Bendera putih yang dikibarkan menandakan penguhuninya memerlukan bantuan, sebuah kempen yang digerakkan oleh orang ramai bagi membantu pihak yang terkesan susulan pandemik Covid-19.

“Perhatian kepada warga Bakri. Jika ada terlihat mana-mana rumah yang menaikkan bendera putih di kawasan kejiranan anda, diharap dapat menghubungi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bakri (017-3233166) atau share location melalui Whatsapp.

Advertisement

“Kami akan menghantar bantuan seberapa segera. Dalam musim pandemik ini, ramai orang yang hidup dalam kesempitan.

“Kami berharap seluruh anggota masyarakat akan saling menjaga dan membantu antara satu sama lain dalam usaha membentuk komuniti yang lebih baik,” kata Bee Yin dalam satu kenyataan hari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top