BM | EN | 中文

Hubungan Umno, Bersatu ibarat kekasih gelap

salahuddin-ayub.jpg
Advertisement

MUAR, 8 JAN: Hubungan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Umno diumpamakan seperti menyimpan kekasih gelap, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Sallahuddin Ayub.

Reaksi itu dinyatakan beliau selepas keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang berlangsung lewat malam kelmarin yang mahu terus berkerjasama dengan Bersatu dalam kerajaan sehingga PRU 15 akan datang.

“Ini perumpamaan seorang yang mempunyai kekasih gelap atau skandal yang akan ditinggalkan bila-bila sahaja demi kepuasan nafsu semata.

Advertisement

“Keputusan Umno semalam pastinya membuat ramai pihak tertanya-tanya apakah matlamat perjuangan parti itu dalam kerajaan.

“Pastinya sabotaj antara Umno dan Bersatu akan berlaku sekiranya perkara ini terus berlangsung. Bagaimana mereka boleh berkerjasama hari ini sedangkan mereka mempunyai matlamat yang berlainan pada masa akan datang.

“Bayangkan Bersatu dan Umno yang akan bertanding pada kerusi yang sama, pastinya hal-hal berkaitan kedua parti itu tidak akan selesai kerana keduanya mahu membina pengaruh sendiri dan sabotaj boleh berlaku secara terang,” tegasnya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau menyatakan bahawa kerajaan hari ini tidak akan berjalan lancar apabila sabotaj yang dijangka akan menggugat segala agenda kepada rakyat.

Salahuddin juga menambah keputusan Umno itu telah meranapkan harapan rakyat kepada kerajaan kerana kerapuhan gabungan tersebut.

“Rakyat kini mengharapkan kerajaan yang stabil bagi membela nasib mereka namun apa yang berlaku, keputusan dari Umno itu telah meranapkannya.

Advertisement

“Ketidakstabilan ini akan membawa bencana kepada negara. Bukan sahaja dari segi sosial malah ia akan membabitkan soal ketidakyakinan pelabur dengan keadaan ini serta kesannya pasti akan berlaku kepada ekonomi.

“Ini bukanlah suatu keputusan yang bernas dan ternyata hubungan kekasih gelap ini akan terputus pada bila-bila masa apabila sesuatu yang berbangkit antara kedua pasangan itu berlaku,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top