BM | EN | 中文

Hubungan erat Keluarga Diraja dan rakyat tunjang perpaduan Bangsa Johor

Sultan-Ibrahim.jpg

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melawat rakyat negeri ini yang ditempatkan di PPS akibat banjir baru-baru ini

JOHOR BAHRU, 3 JAN: Hubungan erat antara Keluarga Diraja Johor bersama rakyat negeri ini merupakan tunjang perpaduan Bangsa Johor dan realiti itu dapat dilihat ketika negeri ini dilanda bencana banjir baru-baru ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menziarah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Royal Press Office dalam satu kenyataan memberitahu, Sultan Ibrahim bersama Raja Zarith Sofiah sering mengadakan lawatan mengejut ke seluruh Johor untuk bertemu rakyat dengan mengenepikan protokol.

“Lawatan mesra Sultan Johor dan Keluarga Diraja Johor ke PPS untuk bertanya khabar serta keperluan bantuan, mengubati rasa sedih dalam kalangan mereka yang berada di PPS,” tambah kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semalam.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top