BM | EN | 中文

Hubungan dalam PN: Apa pendirian Umno Johor?

Umno-Bersatu.jpeg
Advertisement

BATU PAHAT, 21 JUN: Pendirian Umno Johor kini dipersoalkan, terutamanya mengenai hubungan parti itu dalam komponen Perikatan Nasional (PN).

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Abdul Hamid Jamah berkata perkara itu penting, susulan kenyataan presiden Umno yang boleh mengakibatkan gangguan kepada pentadbiran kerajaan Johor.

Kata Hamid, dibimbangi akibat keretakan dalam kerajaan PN menyebabkan pentadbiran negeri hari ini menjadi lembab.

Advertisement

“Kita tidak mahu ada urusan pentadbiran yang terganggu akibat kepentingan golongan tertentu dengan parti politik yang mereka wakili.

“Pendirian perlu dikemukakan sama ada masih lagi ada kebersamaan dengan parti komponen PN lain atau hanya mempergunakan PN untuk memerintah sahaja.

“Menteri Besar (MB) Dato Hasni Mohamad sebagai Pengerusi Umno Johor perlu menjelaskan perkara ini secara umum,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau turut menyenaraikan masalah yang berlaku akibat kekeruhan hubungan antara Umno dan PN ketika ini.

Tambahnya, keberlangsungan kerajaan ini penting bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat yang memerlukan keprihatinan terhadap mereka.

“Isu pelantikan Ketua Kampung, ahli majlis dan jawatan lantikan politik yang lain yang tidak menyenangkan parti komponen kerajaan lain.

Advertisement

“Hari ini juga dapat dilihat bagaimana pemimpin Umno semakin agresif mengasak kepimpinan PN di peringkat nasional dan beberapa negeri.

“Sebelum ini, Hasni dalam kenyataannya seperti ‘mengisytihar perang” terhadap Perdana Menteri Mahiaddin Yassin untuk Umno meletakkan calon di Parlimen Pagoh,” kata Hamid lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top