BM | EN | 中文

HSS bida projek infrastruktur bernilai RM437 juta

HSS-Engineers-Bhd.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 JUN: HSS Engineers Bhd (HEB) giat membida projek infrastruktur dalam sektor rel, jalan raya dan air berjumlah RM437 juta selain menyasarkan pelancaran kontrak baharu untuk projek infrastruktur mega yang sedang dijalankan yang dijangka akan diberikan pada separuh kedua tahun ini.

Naib Pengerusi Eksekutif Tan Sri Kuna Sittampalam berkata 45 peratus daripada nilai kontrak yang dibida adalah untuk perkhidmatan kejuruteraan, termasuk pembinaan, penyeliaan dan reka bentuk kejuruteraan, sebanyak 37 peratus untuk pengurusan projek dan baki untuk pembangunan model maklumat.

“Melihat kepada kontrak sedia ada kami, sebanyak 50 peratus adalah daripada projek rel, diikuti air (25 peratus), Iebuh raya (15 peratus) dan infrastruktur (10 peratus).

Advertisement

“Kami optimis kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan projek infrastruktur mega yang termasuk Transit Aliran Massa 3 (MRT 3), Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang dan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura pada separuh kedua 2021 untuk memulihkan ekonomi,” katanya kepada pemberita pada sidang media secara maya selepas mesyuarat agung tahunan HEB semalam.

Beliau berkata HEB memulakan 2021 dengan langkah kanan, apabila mendapat tempahan baharu bernilai RM185.8 juta berbanding RM34 jun pada 2020.

“Walaupun menghadapi pelaksanaan Perimah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh pada 1 Jun, 2021, operasi kami tidak terganggu berikutan kami memainkan peranan sokongan utama untuk projek infrastruktur yang sedang dijalankan: katanya.

Advertisement

Beliau berkata nilai perolehan kontrak semasa HEB telah melebihi paras RM600 juta, dengan kontrak yang diraih baru-baru ini oleh anak syarikatnya untuk Skim Bekalan Air Langat 2 bernilai RM29.8 juta akan mengekalkan pendapatan syarikat untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Mengenai pelan HEB untuk menceburi bidang telekomunikasi 5G dan pusat data, Kuna berkata usaha tersebut merupakan sebahagian daripada strategi kepelbagaian pendapatannya.

“Kam’ telah memulakan pendekatan kerjasama bersama dengan pakar pusat data terkemuka dunia untuk mengejar peluang dalam pengurusan projek dan kejuruteraan di Asia Tenggara. Bagaimanapun, is terlalu awal untuk mengumumkan apa-apa: katanya.

Advertisement

Beliau berkata HEB berharap dapat mencatatkan kemajuan yang penting dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang, terutamanya ini adalah langkah yang tepat untuk pengembangan syarikat yang seterusnya dalam jangka panjang.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top