BM | EN | 中文

“HSR suatu pembaziran, projek landasan keretapi berkembar sendiri sudah cukup mahal”

Dr-Sulaiman-Mohd-Nor.png
Advertisement

SEGAMAT, 3 JAN: Projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR) domestik yang menghubungkan antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru dianggap suatu pembaziran yang besar.

Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor berkata, projek landasan keretapi berkembar dari Gemas ke Johor Bahru yang dijangka siap Oktober 2022 sendiri memakan belanja yang besar sebelum ini.

“Belanja hampir RM 10 billion dan perlu dimanfaat sepenuhnya sebelum projek berskala besar dilaksana khususnya dalam era pandemik Covid 19 masih melanda dunia yang masih belum dipastikan bila kesudahannya.

Advertisement

“Kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) yang disiapkan pada tahun 2014 dibuat bagi sistem keretapi berkelajuan laju KL ke Singapura bertujuan meningkatkan ekonomi Malaysia dan Singapura.

“Apakah rasional keperluan HSR domestik? Walaupun kemungkinan projek HSR domestik KL ke JB yang dicadangkan kerajaan boleh dibiayai sepenuhnya oleh negara luar seperti China, namun harus diingat negara bakal berhutang.

“Cukuplah negara berhutang sebanyak RM 50.75 billon (akibat kes) 1MDB sehingga November 2019.

Advertisement

“Rakyat juga sengsara apabila kerajaan terpaksa meningkatkan pendapatan antaranya cukai bagi menampung kos pengurusan dan bayaran balik hutang,” jelasnya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menyarankan agar kajian dan pelan pengangkutan menyeluruh lebih lengkap dibuat bagi meningkatkan keberkesanan hubungan antara kawasan, daerah serta negeri.

“Sebagai contoh, di Johor apabila telah siap landasan berkembar kelak, adakah kita mempunyai sistem sokongan (feeder system) yang baik, meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan hingga ke destinasi akhir?

Advertisement

“Seringkali pengguna tiada masalah apabila menggunakan pengangkutan laju, namun tersekat kerana tiada sambungan yang cekap yang menyambungkan stesen kelajuan tinggi ke destinasi akhir,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top