BM | EN | 中文

HSR: Kerajaan perlu beri penjelasan bayaran pampasan RM320 juta kepada Singapura – Adun Bekok

Dr-Ramakrishnan.jpg

Dr Ramakrishnan

Advertisement

SEGAMAT, 31 MAC: Kerajaan Malaysia perlu membuat penjelasan terperinci mengenai pembayaran pampasan sebanyak RM320 juta bagi pembatalan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura.

Adun Bekok, S Ramakrishnan berkatsa, sebahagian besar projek HSR ini tertumpu di kawasan tanah Malaysia, namun mengapa Malaysia harus memberi ganti rugi yang melibatkan sejumlah wang yang begitu besar kepada Singapura.

“Apakah sebab-sebab yang menyebabkan pemerintah Malaysia tidak mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memberitahu rakyat mengenai pembayaran ganti rugi ini?

Advertisement

“Semua persoalan ini mewujudkan prasangka buruk dan kekeliruan di kalangan rakyat,” kata Ramakrishnan dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, berdasarkan kecenderungan pemerintah terdahulu untuk terlibat dalam kletptokrasi dan rasuah, maka laporan itu adalah penting untuk memastikan tidak berlaku sebarang agenda politik di sebalik isu ini.

“Kini, situasi negara kita yang berada di bawah proklamasi darurat dan kebergantungan parlimen mendesak agar pemerintah menjadi lebih telus.
“Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat yang sahih melalui sumber-sumber rasmi kerajaan negara kita sendiri dan bukannya mengetahui dari Singapura.

Advertisement

“Tanpa adanya sokongan parlimen, mungkin kerajaan Malaysia setuju untuk membayar sejumlah wang yang besar untuk membatalkan Projek HSL dan rakyat perlu diberitahu mengenai isu ini secara terperinci.

“Oleh itu, kerajaan Malaysia harus membuat pengumuman rasmi yang menjelaskan pecahan jumlah pampasan dengar kadar yang segera,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top