BM | EN | 中文

HSA antara hospital kerajaan di Johor masih tiada sijil perakuan Bomba

Hospital-Sultanah-Aminah-Johor-Bahru-HSA-JB.jpg

Gambar Hiasan (Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru / Ehsan kinderasia.com)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 OGOS: Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini antara tiga hospital kerajaan di Johor yang sehingga kini belum memiliki Sijil Perakuan Bomba (FC), kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Datuk Yahaya Madis.

Katanya tujuh lagi sudah memiliki sijil berkenaan.

“Ketiga-tiga hospital ini sedang dalam proses untuk mendapatkan FC dengan ada daripadanya dijangka selesai (proses mendapatkan FC) selewat-lewatnya tahun depan,” katanya pada sidang media selepas program ibadah korban JBPM Johor, di sini hari ini.

Advertisement

Untuk rekod, HSA terlibat dalam dua insiden kebakaran sejak 2016.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata proses mendapatkan FC mengambil masa selain melibatkan kos kerana banyak perkara perlu diberi perhatian termasuk mempunyai Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) sendiri.

Selain itu katanya tidak semua bangunan dalam kawasan hospital memerlukan FC.

Advertisement

“Yang perlukan FC ialah contohnya bangunan lebih daripada lima tingkat dan memiliki sistem pencegahan kebakaran yang tetap. Bangunan setingkat tidak perlukan FC kerana terdapat banyak laluan keluar sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.

Mengulas statistik secara keseluruhan, Yahaya berkata terdapat 2,530 bangunan di Johor yang seharusnya memiliki FC namun hanya 2,013 mempunyai sijil itu setakat tahun ini.

Jumlah itu merangkumi 26 daripada 81 bangunan kerajaan serta 1,987 daripada 2,449 bangunan swasta, katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top