BM | EN | 中文

HOSPITAL PASIR GUDANG BERJALAN SEPERTI DIRANCANG

Hassan.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 17 OKT : Pembinaan Hospital Pasir Gudang, di sini, berjalan seperti yang dirancang, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim.

“Saya dimaklumkan oleh kerajaan Persekutuan bahawa projek pembinaan Hospital Pasir Gudang berjalan seperti dirancang.

“Pada bulan September yang lalu berada pada fasa proses lantikan jawatankuasa penilaian teknikal bagi tujuan wajaran dan penilaian sebelum tender ditutup,” katanya.

Advertisement

Hassan berkata, hospital berkenaan yang bernilai lebih RM460 juta itu direka dan dibina secara tender terbuka.

“Tarikh sebenar tender ialah pada 14 Mac lepas dan tarikh jangka surat setuju terima adalah pada 1 November depan.

“Hospital berkenaan dijangka dapat memanfaatkan kira-kira 300,000 penduduk sekitar dan diharap dapat menyelesaikan kesesakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI),” katanya.

Advertisement

Terdahulu, beliau hadir program pendaftaran E-Kasih, Peka B40 bersama rakyat di Kampung Orang Asli Kuala Masai, di sini, baru-baru ini.

Mengulas tentang program itu, beliau berkata, bertujuan membantu penduduk dalam kalangan yang memerlukan.

“Masih ramai penduduk tidak mengetahui tentang E-Kasih dan Peka B40, jadi diharap menerusi program ini dapat membantu mereka membantu membuat pendaftaran kerana kedua-dua ini mempunyai pelbagai manfaat,” katanya.

Advertisement

Ujarnya lagi, pihaknya akan menjalankan proses pendaftaran itu dari semasa ke semasa.

“Tumpuan saya adalah untuk kawasan pendalaman dan terpencil kerana mungkin mereka tidak mendapat maklum tentang pelbagai program yang bermanfaat untuk mereka,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top