BM | EN | 中文

Hospital Pantai Batu Pahat buka pusat jantung, pertama di sekitar Johor utara

dr.lee_.boon_.jpg

Dr Lee Boon Chye (tengah) ketika merasmikan majlis Pelancaran Pusat Jantung Hospital Pantai Batu Pahat, di Hotel Katerina.

Advertisement

BATU PAHAT, 4 FEB: Hospital Pantai Batu Pahat menjadi hospital pertama di sekitar Johor utara yang menyediakan perkhidmatan rawatan jantung dengan pembukaan Pusat Jantung Invasif (Cath Lab) di hospital itu, hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, hospital berkenaan merupakan satu-satunya hospital yang mempunyai kemudahan Cath Lab dan beroperasi 24 jam sehari.

“Berdasarkan statistik, untuk setiap 100,000 penduduk, seramai 141 daripadanya mempunyai masalah penyakit jantung koronari, ini bermakna dalam 32.4 juta penduduk Malaysia, dianggarkan seramai 45,684 kes penyakit jantung koronari berlaku.

Advertisement

“Saya percaya bahawa penduduk di kawasan Johor utara dan sekitarnya akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Pusat Jantung Hospital Pantai Batu Pahat yang diadakan di Hotel Katerina, di sini hari ini.

Tambah Boon Chye, setakat ini kemudahan perkhidmatan serupa yang disediakan di hospital kerajaan di negeri ini adalah di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Hospital Pantai Batu Pahat, Dr Kamal Amzan memberitahu, pusat jantung itu mula dibangunkan pada Julai tahun lalu dengan kos sebanyak RM4.5 juta.

“Hospital ini memiliki tiga doktor pakar jantung dan mengendalikan antara tiga hingga empat kes setiap hari.

“Sebelum ini, pesakit jantung di kawasan ini perlu mendapatkan penjagaan kesihatan jantung sama ada di Johor Bahru atau di Ayer Keroh, Melaka,” ujarnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top