BM | EN | 中文

Hospital Pakar KPJ Puteri sumbang 21 katil terpakai kepada pusat jagaan warga emas

kpj.jpg

Sebahagian daripada 21 katil terpakai yang disumbangkan Hospital Pakar KPJ kepada Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Kempas

JOHOR BAHRU, 20 JUL: Hospital Pakar KPJ telah menyumbang 21 katil terpakai kepada Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Kempas, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Puteri, Haliza Khalid berkata sumbangan itu bertujuan membantu badan bukan kerajaan atau individu yang memerlukan, khususnya bagi memberikan khidmat penjagaan kesihatan yang baik.

“Setiap unit katil telah diperiksa tahap keupayaannya dan melalui proses pembasmian kuman sebelum diserahkan kepada pusat berkenaan. Ia diharap memberi manfaat buat penghuni di sini (pusat jagaan) yang rata-ratanya mempunyai masalah kesihatan,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, berkata sumbangan itu amat dialu-alukan pihaknya terutama dalam keadaan pihaknya baru sahaja menerima 13 penghuni baharu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Pemberian katil ini boleh saya katakan tepat pada waktunya kerana kita juga dalam pembangunan menambah asrama baharu. Ia juga sangat diperlukan kerana kita baru menerima 13 penghuni baharu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ini sedikit sebanyak dapat memenuhi keperluan mereka,” katanya menerusi kenyataan sama.

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top