BM | EN | 中文

Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn lakukan ujian kesihatan percuma kepada 252 pengunjung

IMG-20200726-WA0005.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 JULAI: Program Pemeriksaan Kesihatan yang dianjurkan Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn pada 24 dan 25 Julai berjaya memberikan pemeriksaan Pap Smear dan Profil Lipid tanpa sebarang bayaran kepada 252 pengunjung terawal.

Ia merupakan program tanggungjawab korporat (CSR) hospital itu bagi membantu komuniti tempatan melakukan saringan awal terhadap penyakit kanser serviks dan jantung.

Penganjurannya bersempena Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini, dilangsungkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu mewajibkan setiap pengunjung menjalani pemeriksaan suhu badan, memakai cecair pembasmi kuman dan pelitup muka.

Advertisement

Daripada sejumlah penerima yang direkodkan, 126 mereka menerima saringan ujian Pap Smear dan 126 orang lagi menjalani ujian Profil Lipid.

Selain kedua-dua ujian ini, mereka juga diberi pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI), glukosa, dan tekanan darah.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn, Noor Haslina Harun berkata, pihaknya berbesar hati dapat menyediakan peluang ini kepada orang ramai.

Advertisement

Menurutnya, pada hari pertama program sahaja, sebanyak 63 pemeriksaan Pap Smear dan 63 ujian Profil Lipid ditawarkan kepada pengunjung terawal manakala baki selebihnya ditawarkan pada hari kedua.

“Kami amat gembira kerana dapat menyumbang kembali sesuatu yang bernilai membabitkan kesihatan kepada masyarakat.

“Kami berharap ia boleh membantu pesakit mengesan awal penyakit-penyakit kronik dalam usaha mendapatkan rawatan terbaik buat diri mereka,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, hospital itu turut memberikan ceramah kesihatan dan menunjukkan demonstrasi cucian tangan yang betul kepada orang ramai dalam usaha memerangi penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top