BM | EN | 中文

Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn laksana program sanitasi di Surau Austin Perdana

IMG-20200712-WA0007.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 JULAI: Peka dengan kepentingan penjagaan kebersihan khususnya ketika negara masih dibelenggu pandemik Covid-19 selain peningkatan kes denggi, Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn telah melaksanakan program sanitasi bertempat di Surau Austin Perdana, Taman Austin Perdana di sini, semalam.

Program yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat hospital berkenaan dilaksanakan secara gotong royong melibatkan seramai 20 anggota Briged Waqaf yang terdiri daripada kakitangan hospital.

Pengarah Eksekutif Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn, Tuan Haji Asmadi Mohd Bakri berkata, program tanggungjawab korporat itu diadakan dengan kerjasama Surau Austin Perdana demi mengeratkan silaturahim antara hospital dan komuniti tempatan.

Advertisement

Menurutnya, pihaknya melakukan tiga kali proses sanitasi di surau berkenaan bagi memastikan surau terbabit bebas daripada virus Covid-19.

“Selain itu, kami turut bergotong-royong melakukan pembersihan di surau dan kawasan sekitar dalam usaha mengurangkan kes denggi di Johor Bahru.

“Selain melakukan gotong-royong, Briged Waqaf turut menyumbang sejumlah bungkusan makanan buat jemaah yang hadir menunaikan solat di surau berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambah beliau, program gotong-royong berkenaan juga merupakan program tanggungjawab sosial korporat pihaknya yang pertama dilakukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa bermula 18 Mac lalu.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn, Puan Noor Haslina Harun; Pengerusi Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) Johor, Zahrin Saniman dan Pengerusi Surau Austin Perdana, Muhamad Khidir Ismail.

Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn telah beroperasi sejak 19 Februari 2019.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top